SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Selasa, 30 September 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM

SEMUA pelajar Pra-U, sama ada Pra-U Bawah atau Pra-U Atas di negeri Terengganu menghadapi Peperiksaan Percubaan Penggal 1 2015 dan Penggal 3 2014 mulai 30 September 2014 hingga 2 Oktober 2014.

Difahamkan hampir semua sekolah dan hampir semua mata pelajaran telah menghabiskan sukatan pelajaran masing-masing. Buat masa ini pelajar diberikan latihan demi latihan untuk membiasakan mereka dengan peperiksaan sebenar. 

Peperiksaan Percubaan dapat mengenal pasti tahap pemahaman dan penguasaan pelajar tentang pelajaran masing-masing. Dengan Peperiksaan Percubaan yang dijalankan lebih awal, banyak penambahbaikan boleh dilakukan untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar.


Khamis, 25 September 2014

TUTORIAL STPM PENGGAL 3 DAERAH DUNGUN

PELAJAR Penggal 3 mengikuti Tutorial STPM Penggal 3 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Dungun yang diadakan di Pusat Latihan Kerteh, Felda Kerteh 2, Dungun pada 23 hingga 25 September lalu.


Kesemua pelajar tersebut mengikuti kem pengajaran dan pembelajaran itu bersama-sama dengan rakan-rakan dari semua sekolah yang mempunyai Tingkatan 6 di Daerah Dungun.

Pelajar DESSO mengikuti tutorial dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan Ekonomi.

Beberapa orang pelajar yang tidak dapat mengikuti tutorial tersebut kerana kekangan tempat penginapan di Pusat Latihan Kerteh dijangka akan mengikutinya untuk fasa ketiga selepas Percubaan Penggal 3 nanti di tempat yang sama.

Sebelum ini, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun turut mengadakan tutorial yang sama kepada pelajar Penggal 1. Pelajar yang tertinggal dalam fasa tersebut akan mengikutinya dalam fasa ketiga nanti.




Khamis, 18 September 2014

WANG INSTENTIF KERAJAAN NEGERI TERENGGANU RM1,000.00

PELAJAR Pra-U Atas hari ini menerima wang insentif pendidikan daripada kerajaan negeri Terengganu berjumlah RM1,000.00 setiap orang dalam satu majlis khas di Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik di Kemaman.

Sebelum majlis penyampaian itu, pelajar mengikuti motivasi yang disampaikan oleh YM Raja Samin bin Raja Hussin.

Pemberian wang insentif itu diadakan semenjak beberapa tahun kebelakangan kepada pelajar Pra-U di negeri Terengganu yang tidak memperoleh bantuan biasiswa. Tujuan pemberian adalah untuk kegunaan pelajar dalam bidang pendidikan.