SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Ahad, 28 Ogos 2016

KEM TUTORIAL STPM PENGGAL 3 DAERAH DUNGUN DI PUSAT LATIHAN KERTEH

PELAJAR Pra-U Atas mengikuti Kem Tutorial STPM Penggal 3 selama tiga hari di Pusat Latihan Kerteh, Dungun anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bermula petang ini hingga Selasa, 30 Ogos 2016.


Kesemua pelajar itu mengikuti kem berkenaan bersama dengan pelajar Pra-U Atas dari SMK Tengku Intan Zaharah, SMK Paka, SMK Ketengah Jaya, dan SMK Durian Mas.

Pada hari pertama, pelajar mengikuti pertandingan sukan sebagai suatu riadah untuk mencergaskan minda dan fizikal, dan pada malamnya mereka diberikan motivasi khas. Pada hari kedua, mereka mengikuti teknik pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pengajian Perniagaan dan Ekonomi, manakala pada hari terakhir, pelajar mengikuti pembelajaran mata pelajaran Sejarah dan Geografi pua.

Penggubalan soalan dan proses pemudah cara dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran dari semua sekolah yang terlibat.


Rabu, 17 Ogos 2016

JALAN KAKI 1000 LANGKAH

SETELAH beberapa kali tertangguh semenjak penggal lalu, Unit Kokurikulum Pra-U SMKSO berjaya mengadakan program Jalan Kaki 1000 Langkah pada hari ini.


Program itu bermula di hadapan Blok Pra-U mulai pukul 8:50 pagi. Semua pelajar Pra-U mengambil bahagian dengan keluar melalui pintu pagar utama SMKSO, kemudiannya melalui hadapan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, SMK Seri Dungun, kawasan Pasar Malam Sura Gate, Jalan Yahya Ahmad, dan kembali ke tempat bermula.

Perjalanan dalam lingkungan dua kilometer itu turut disertai oleh guru-guru Pra-U. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu juga sebenarnya diyakini telah menghasilkan lebih daripada 1000 langkah. Selepas berehat seketika, pelajar-pelajar mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa mulai pukul 9:00 pagi.

Dijangkakan program itu akan diadakan sekali lagi pada bulan September nanti dengan jarak perjalanan yang lebih jauh.




Isnin, 8 Ogos 2016

ENAM CALON STPM 2015 LAYAK KE UNIVERSITI AWAM TAHUN INI

LIMA orang calon STPM 2015 layak untuk melanjutkan pengajian ijazah pertama di universiti awam bagi sesi pengajian 2016/2017 berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan oleh Unit Pusat Universiti.


Calon-calon yang dimaksudkan ialah:

BIL
NAMA
PNGK
UNIVERSITI
KURSUS
1
AINA KHAIRUNNISA BINTI HASSAN 
(PRA-U ATAS TERBILANG)
3.50
UNIVERSITI SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) DENGAN KEPUJIAN
2
NOR FATIHAH BINTI MOHAMMAD
(PRA-U ATAS CEMERLANG)
3.00
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN
3
MOHD AMIN BIN CHE AZIZ
(PRA-U ATAS GEMILANG)
3.67
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (KEPUJIAN)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
4
NUR AZIZATI BINTI ZAWAWI
(PRA-U ATAS GEMILANG)
3.58
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN
5
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUDA
(PRA-U ATAS CEMERLANG)
3.42
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
B.A. ENGLISH LANGUAGE AND LITERATURE STUDIES
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEJARAH
6
SITI NOR AISAH BINTI ABD. AZIZ
(PRA-U ATAS CEMERLANG)
3.58
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PERSURATAN MELAYU)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SARJANA MUDA SASTERA (KEPUJIAN)


Tiga orang calon memperoleh dua tawaran. Siti Nor Aisah binti Abd. Aziz memilih kursus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Muhammad Firdaus bin Muda akan mengikuti kursus di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sementara itu, Mohd Amin bin Che Aziz yang juga memperoleh dua tawaran menolak kedua-dua tawaran itu kerana sedang mengikuti kursus Pembantu Kesihatan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan pelajar terbaik SMKSO bagi peperiksaan STPM 2015.

Seramai 23 orang calon menduduki STPM pada sesi 2015 lalu dengan pencapaian 100 peratus lulus.




Khamis, 4 Ogos 2016

GOTONG-ROYONG PERDANA PRA-U

PELAJAR Pra-U Bawah dan Atas mengadakan Gotong-royong Perdana di Blok Pra-U pada hari ini mulai 11:30 pagi hingga waktu tamat persekolahan dengan bantuan guru-guru.


Pelajar perempuan sebahagian besarnya terlibat dengan aktiviti mengecat tiang bangunan di tingkat dua. Sementara itu, pelajar lelaki terlibat dengan aktiviti membersihkan dan memindahkan perabot dari Bilik MUET di tingkat tiga ke tingkat satu. Sebahagian lagi pelajar perempuan membersihkan Bilik Kitar Semula di tingkat satu, dan sebuah lagi bilik kosong yang terbiar di tingkat dua. Pelajar perempuan turut membersih dan menghias bilik darjah masing-masing.

Barang-barang yang tidak diperlukan yang terdiri daripada kertas, plastik dan besi dikumpulkan dan diserahkan kepada pusat barangan lusuh Awi Metal.