SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Selasa, 28 Oktober 2014

RESTU ILMU PENGGAL 1 DAN PENGGAL 3

PELAJAR Pra-U Bawah dan Pra-U Atas mengikuti program Mohon Restu STPM dalam majlis yang diadakan bersama dengan pelajar calon SPM di Dewan Warisan pukul 8:00 pagi ini.



Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Pengetua SMKSO, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, turut dihadiri oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusof bin Wan Mohammad, dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd.

Saudara Mohd Nadzir bin Mohamad, pelajar 6 Pra-U Atas Terbilang, menjadi wakil pelajar STPM dan SPM memberikan ucapan.

Semua pelajar Pra-U menerima cenderamata yang disediakan oleh Projek Kecemerlangan STPM. Penyampaian cenderamata disempurnakan oleh Encik Wan Su bin Wan Jaffar dan diterima oleh Mohd Nashrul Afiq bin Abu Bakar bagi pihak Pra-U Atas dan Muhamad Alif bin Zamri mewakili Pra-U Bawah.

Majlis diakhiri dengan acara bersalaman dengan guru Pra-U dan guru-guru lain yang hadir.


Jumaat, 17 Oktober 2014

MOTIVASI TEKNIK BELAJAR UNIVERSAL DR. SHARIF AHMAD

BEBERAPA orang pelajar Pra-U mengikuti Motivasi Teknik Belajar Universal di Dewan Warisan bersama-sama dengan pelajar SPM selama satu jam setengah pagi ini.


Motivasi dijalankan oleh Dr. Sharif Ahmad, seorang doktor perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Beliau merupakan seorang panel dalam Megamind Leadership Consultancy yang giat menjalankan motivasi di sekolah, kolej dan universiti, serta badan pendidikan lain.

Beliau menghuraikan teknik belajar dengan tema "Semakin Sibuk Semakin Cemerlang" berdasarkan pengalamannya semenjak sekolah menengah rendah hingga di universiti, serta semasa berkhidmat di hospital.

Dalam ceramah motivasinya, Dr. Sharif mengemukakan lima strategi belajar "5 Magic Bullets" dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas tetapi jelas. Kandungan motivasinya terdapat dalam bukunya yang baru diterbitkan, 5 Magic Bullets Teknik Belajar Universal.

Walaupun begitu, hanya 19 orang pelajar Pra-U yang hadir, berbanding dengan jumlah kseluruhan pelajar Pra-U di SMKSO seramai 73 orang.


Isnin, 13 Oktober 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNiSZA DAN BANK NEGARA CAWANGAN KUALA TERENGGANU

PERSATUAN Pengguna dengan kerjasama Persatuan Prauniversiti menganjurkan lawatan sambil belajar ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) di Kampus Gong Badak dan Bank Negara Malaysia Cawangan Terengganu hari ini.



Seramai 44 orang pelajar Pra-U Atas dan Pra-U Bawah terlibat dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh Guru Akademik Tingkatan 6 (Ekonomi), Puan Hajah Fauziah binti Ali, yang terdiri daripada semua pelajar mata pelajaran Ekonomi dari Pra-U Atas Terbilang dan Pra-U Bawah Terbilang, serta beberapa orang dari tingkatan lain.

Di UNiSZA, rombongan diberikan taklimat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di universiti itu sebelum dibawa ke Perpustakaan Al-Mukhtar untuk melihat dan memahami tatacara peminjaman buku di perpustakaan tersebut.

Pada awal petang di Bank Negara Malaysia Cawangan Kuala Terengganu, ahli rombongan diberikan penerangan tentang pengeluaran wang kertas dan duit syiling serta teknik membezakan wang kertas tulen dan palsu.

Pelajar turut diiringi oleh Puan Hajah Zauyah binti Mamat, Guru Persatuan Pengguna, serta Encik Mohd Marzuki bin Mat Jusoh dan Encik Suhaimi bin Mohd Salleh yang mewakili Persatuan Prauniversiti.



Ahad, 12 Oktober 2014

ENAM ORANG PELAJAR PRA-U MENGIKUTI PROGRAM KECEMERLANGAN DI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

ENAM orang pelajar Pra-U Atas terpilih mengikuti dua program peningkatan kecemerlangan di peringkat negeri Terengganu di Kuala Terengganu mulai hari ini.

Roziana binti Mohamad dari 6 Pra-U Atas Gemilang serta Nor Mariah Fatihah binti Mohd Nor dan Nur Amira Shuhada binti Adnan, kedua-duanya dari 6 Pra-U Atas Cemerlang, terpilih mengikuti Kem Akademi Pengajian Am anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Terengganu di Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Tiga orang pelajar lain, Mohd Nadzir bin Mohammad, Athira Najwa binti Zakaria dan Faziera binti Jasni, ketiga-tiganya dari Pra-U Atas Terbilang, terpilih mengikuti Kem Elit STPM Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Hotel Sumai, Kuala Terengganu.

Tiga orang pelajar yang terpilih ke program GPMS dipilih berdasarkan potensi mereka untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Pengajian Am, manakala kumpulan yang terpilih mengikuti program elit anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu terpilih kerana kecemerlangan masing-masing dalam keseluruhan mata pelajaran.


Khamis, 9 Oktober 2014

SOLAT HAJAT PERDANA

PELAJAR Pra-U terlibat dengan Solat Hajat Perdana yang dianjurkan oleh Projek Kecemerlangan STPM, dengan kerjasama Projek Kecemerlangan PT3 dan SPM.



Solat Hajat Perdana dikhususkan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar. Dalam solat hajat ini, ibu bapa dan penjaga bagi calon PT3, SPM dan STPM terlibat, selain turut dihadiri oleh pelajar sendiri dan guru-guru.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti oleh bacaan Surah Yasin, sebelum solat hajat dijalankan. Selepas itu pelajar dan ibu bapa mendengar ucapan harapan daripada Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar. Majlis berakhir dengan solat Isyak berjemaah.

Turut hadir dalam solat hajat ini ialah Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mokhtar bin Omar.


MOTIVASI DARIPADA PEGAWAI DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN


PELAJAR Pra-U yang melaksanakan aktiviti mingguan di Surau Al-Ikhlas, hari ini mendengar amanat dan motivasi daripada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Unit Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Mohd Fadzillah bin Mohd Ibrahim.


Pelajar Pra-U bersama-sama dengan pelajar PT3 dan SPM mengikuti aktiviti bacaan Surah Yasin dan solat hajat berjemaah mingguan yang dijadualkan pada setiap pagi Khamis, mulai 7:30 hingga 8:20 pagi.Majlis pagi ini diketuai oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah, guru Pendidikan Islam.

Penolong Pegawai PPD Dungun tersebut yang turut sama melaksanakan solat hajat mengambil peluang memberikan perangsang kepada pelajar yang memenuhi ruang solat Surau Al-Ikhlas. Beliau berharap semua pelajar akan meningkatkan usaha menjelang peperiksaan akan berlangsung tidak lama lagi.

Pelajar STPM akan menghadapi Peperiksaan Penggal 3 (2014) mulai 3 November 2014, manakala Peperiksaan Penggal 1 (2015) mulai 13 November 2014.


Rabu, 1 Oktober 2014

KEGIATAN TAHUN 2015

  • 13 Julai 2015 (Isnin) - (i) Majlis Khatam al-Quran, dan menerima sumbangan hari raya (di Surau Al-Ikhlas), (ii) Pengumuman keputusan STPM Penggal 2 (2015)
  • 26 Mei - 27 Mei 2015 (Selasa - Rabu) - Minggu Jalinan Mesra Pengguna
  • 24, 26 dan 28 Mei 2015 (Ahad, Selasa, Khamis) - Festival Gerko Pra-U SMKSO
  • 19 Mei - 21 Mei 2015 (Selasa - Khamis) - Pra-U Atas menghadapi peperiksaan Penggal 2 (2015)
  • 18 Mei 2015 (Isnin) - Pelajar Pra-U Bawah terlibat dengan aktiviti Hari Guru Peringkat Sekolah
  • 6 Mei - 14 Mei 2015 (Rabu - Khamis, Ahad - Khamis) - Minggu Suai Kenal Pelajar Pra-U Bawah Sesei 2016
  • 5 Mei 2015 (Selasa) - (i) Pendaftaran Pelajar Pra-U Bawah Sesi 2016; (ii) Penyertaan dalam Program Hari Koperasi Sekolah (AJK Sukaneka, dan Jualan)
  • Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 2
  • Peperiksaan Ulangan Penggal 3 (2014)
  • 2 Mac 2015 - Keputusan Keseluruhan STPM 2014
  • Keputusan STPM Penggal 3
  • Keputusan STPM Penggal 1
  • 29 Januari 2015 - Motivasi Siswa IPT