SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Isnin, 13 Oktober 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNiSZA DAN BANK NEGARA CAWANGAN KUALA TERENGGANU

PERSATUAN Pengguna dengan kerjasama Persatuan Prauniversiti menganjurkan lawatan sambil belajar ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) di Kampus Gong Badak dan Bank Negara Malaysia Cawangan Terengganu hari ini.



Seramai 44 orang pelajar Pra-U Atas dan Pra-U Bawah terlibat dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh Guru Akademik Tingkatan 6 (Ekonomi), Puan Hajah Fauziah binti Ali, yang terdiri daripada semua pelajar mata pelajaran Ekonomi dari Pra-U Atas Terbilang dan Pra-U Bawah Terbilang, serta beberapa orang dari tingkatan lain.

Di UNiSZA, rombongan diberikan taklimat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di universiti itu sebelum dibawa ke Perpustakaan Al-Mukhtar untuk melihat dan memahami tatacara peminjaman buku di perpustakaan tersebut.

Pada awal petang di Bank Negara Malaysia Cawangan Kuala Terengganu, ahli rombongan diberikan penerangan tentang pengeluaran wang kertas dan duit syiling serta teknik membezakan wang kertas tulen dan palsu.

Pelajar turut diiringi oleh Puan Hajah Zauyah binti Mamat, Guru Persatuan Pengguna, serta Encik Mohd Marzuki bin Mat Jusoh dan Encik Suhaimi bin Mohd Salleh yang mewakili Persatuan Prauniversiti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.