PELAJAR Pra-U menguasai Pertandingan Membaca Khutbah anjuran Majlis Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) dan Panitia Pendidikan Islam SMK Sultan Omar apabila wakilnya muncul sebagai johan.
Wakil tersebut, Mohd Nadzir bin Mohamad, pelajar 6 Pra-U Atas Terbilang, menerima hadiah kemenangannya hari ini daripada Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaafar di Surau al-Ikhlas. Seorang lagi wakil Pra-U, Mohd Hisham Syawal bin Yusof, dari 6 Pra-U Bawah Terblang, memenangi tempat kedua.
Pertandingan tersebut dilangsungkan pada 7 Julai 2014 lalu bersempena dengan aktiviti Ihya Ramadan yang juga diadakan di Surau al-Ikhlas. Seramai 6 orang pelajar lelaki dari kalangan 6 Atas dan 6 Bawah menyertai pertandingan tersebut.
Pertandingan tersebut terbuka kepada pelajar lelaki dari Tingkatan 4, 5 dan 6.
Pertandingan tersebut terbuka kepada pelajar lelaki dari Tingkatan 4, 5 dan 6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih.