PELAJAR Pra-U Atas yang mengikuti pengajian Tingkatan 6 bagi Sesi 2013/2014 pada dasarnya menamatkan pengajian mereka pada tengah hari tadi setelah selesai menjalani peperiksaan bagi kertas terakhir mereka bagi program STPM 2014.
Pra-U Atas Terbilang (2014) |
Seramai 43 orang pelajar Pra-U Atas berdaftar di SMK Sultan Omar semenjak tahun lalu, telah menjalani peperiksaan Penggal 1 pada tahun lepas, Penggal 2 pada pertengahan tahun ini, dan Penggal 3 pada minggu ini.
Peperiksaan terakhir yang diikuti oleh semua pelajar Pra-U Atas sekolah ini ialah kertas Sejarah 3 (940/3), yang dijalankan pada pukul 11:00 pagi hingga 1:00 tengah hari tadi.
Kesemuanya memulakan peperiksaan dengan menduduki kertas Pengajian Am 3 (900/3) pada pagi 4 November 2014 lalu, diikuti dengan kertas Bahasa Melayu 3 (910/3) pada hari berikutnya. Pada petang 5 November 2014 semalam, 31 orang daripada mereka dari Pra-U Atas Gemilang dan Pra-U Atas Cemerlang menduduki kertas Pengajian Perniagaan 3 (946/3). Sementara itu, 12 orang pelajar dari Pra-U Atas Terbilang mengikuti ujian kertas Ekonomi 3 (944/3) pada pukul 8:00 hingga 9:00 pagi tadi.
Pra-U Atas Gemilang (2014) |
Kesemua mereka juga telah menyelesaikan kertas kajian dan pembentangan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan pada hujung bulan September lalu.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang pelajar Pra-U Atas yang masih mempunyai sisa perjuangan kerana mengambil kertas ulangan Penggal 1 yang akan bermula pada 17 November 2014 dan kertas Ulangan Penggal 2 yang bermula pada 24 November 2014.
Semoga semua pelajar Pra-U Atas tersebut akan memperoleh kejayaan yang diharap-harapkan, insya-Allah.
Pra-U Atas Cemerlang (2014) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih.