SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Khamis, 23 April 2015

PELAJAR PRA-U MENGIKUTI SEMINAR STPM PENGGAL 2 DAERAH DUNGUN

PELAJAR Pra-U SMK Sultan Omar mengikuti Seminar STPM Penggal 2 Peringkat Daerah Dungun bersama-sama dengan rakan-rakan dari empat buah sekolah lain di Dungun yang melibatkan semua mata pelajaran yang diambil oleh pelajar.

Seminar Sejarah di SMK Durian Mas - Gambar: Puan Robiah binti Husain
Seminar bermula dengan mata pelajaran Sejarah pada hari Ahad, 19 April 2015 yang diadakan di SMK Durian Mas, Dungun, dengan penceramah jemputannya, Puan Rosmani binti Deraman dari SMK Padang Midin, Kuala Terengganu.

Seminar kedua melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu pada hari Isnin, 20 April 2015 di SMK Ketengah Jaya, yang dikendalikan oleh Tuan Haji Nawi bin Ismail, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Terenggganu.

Seminar Pengajian Am diadakan pada hari Rabu, 22 April 2015 di SMK Paka, dengan penceramah jemputan, Tuan Haji Md Lasa bin Yahya, Pakar Rujuk Pengajian Am, Majlis Peperiksaan Malaysia), dan seminar Ekonomi diikuti pada hari Khamis, 23 April 2015 di SMK Paka, yang disampaikan oleh Encik Mohamed Ridhwan bin Mohamad Yusof dari SMK Ibrahim Fikri.

Sementara itu, seminar untuk mata pelajaran Pengajian Perniagaan dijangka akan diadakan pada 4 Mei 2015 (Isnin) di SMK Sultan Omar.

Semasa Seminar Bahasa Melayu di SMK Ketengah Jaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.