SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Selasa, 8 Mei 2018

PENUTUPAN MINGGU SUAI KENAL TINGKATAN ENAM SESI 2019

SETELAH berlangsung mulai 2 Mei 2018, Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan Enam 2019 berakhir pada hari ini dengan majlis penutupannya disempurnakan oleh Puan Hajah Nor Maziah binti A. Rahman, Pengetua DESSO.


Majlis ringkas itu diadakan di Bilik Kuliah 1 dengan dihadiri oleh Tuan Haji Mazlan bin Mohd, Penolong Kanan Tingkatan Enam dan guru-guru Tingkatan Enam yang lain.

Majlis penutupan terpaksa dilakukan lebih awal daripada jadual asal disebabkan kekangan waktu yang dihadapi oleh pihak sekolah pada bulan Mei ini, termasuklah cuti yang kerap, peperiksaan STPM Penggal 2, dan beberapa program besar sekolah.

Setakat ini, jumlah pelajar yang mendaftar dan masih kekal adalah seramai 60 orang. Walau bagaimanapun, guru-guru Tingkatan Enam percaya bahawa sebahagiannya akan meninggalkan Tingkatan Enam setelah mendapat tawaran lain yang lebih baik bagi mereka.

Seperti biasa, mereka dibahagikan kepada tiga buah kelas, iaitu sebuah kelas Ekonomi, dan dua buah kelas Pengajian Perniagaan. Selain itu, mereka akan mengambil mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, dan Sejarah.



 

Ahad, 6 Mei 2018

TEMU MURNI STPM PENGGAL 2

PROJEK KECEMERLANGAN STPM mengadakan Majlis Temu Murni pada pagi ini di Bilik Mesyuarat Gemilang DESSO.


Program itu mempertemukan ibu bapa dan penjaga dengan guru-guru STPM sebagai langkah meningkatkan pencapaian pelajar dengan penyertaan dan pengetahuan ibu bapa dan penjaga tentang potensi anak masing-masing.

Majlis kali ini boleh dikatakan mencatat sejarah kerana 79.07 peratus ibu bapa dan penjaga hadir. Selain mendengar taklimat daripada guru projek kecemerlangan, ibu bapa juga diberikan motivasi oleh Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, Pengetua DESSO agar sama-sama mengambil peranan untuk memajukan pelajaran anak-anak. Ibu bapa juga diserahkan slip keputusan Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 2 yang diadakan pada bulan April lalu. 

Khamis, 8 Februari 2018

PELAJAR PENGGAL 2 MENGGENGGAM IMPIAN

PROJEK Kecemerlangan STPM mengadakan Program Menggenggam Impian STPM yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas yang akan menghadapi peperiksaan Penggal 2 pada bulan Mei ini.


 Program bermula dengan slot motivasi, "Bersama Mencipta Kejayaan" yang dikendalikan oleh Guru Kaunseling, Tuan Haji Ramli bin Musa. Dalam slot itu, pelajar diminta agar mendokumentasikan unjuran pencapaian masing-masing dalam setiap mata pelajaran yang diambil. 

Puan Siti Zubaidah binti Fazai membentangkan aktiviti-aktiviti kecemerlangan STPM yang akan dilaksanakan untuk Penggal 2 dan Penggal 3.

Selain itu, beliau turut menyenaraikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan STPM Penggal 3 sesi 2017. Seramai 12 orang pelajar memperoleh gred purata 3.0 ke atas dalam peperiksaan tersebut, termasuk Mohd Afham yang memperoleh 4.0. Keputusan peperiksaan itu diumumkan pada 1 Februari 2018, Khamis lalu. Bersama dengan keputusan itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) turut mengumumkan keputusan Kerja Kursus bagi Penggal 2 dan Penggal 3 sesi 2017.

Pengetua DESSO, Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman yang menyampaikan ucaptama mendesak pelajar agar sentiasa menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Majlis diakhiri dengan acara bacaan zikir munajat dan doa yang diketuai oleh Mohd Huzairi.

Khamis, 18 Januari 2018

PRA-U MEMBANTU KELANCARAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SMKSO

WALAUPUN pelajar Tingkatan Enam tidak mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKSO, 45 orang pelajarnya diperlukan untuk membantu penganjurnya melancarkan perjalanan kejohanan itu dalam pelbagai aspek.


 Pelajar Tingkatan Enam membantu rumah masing-masing untuk mengendalikan penyediaan makanan dan minuman peserta semenjak latihan pada 8, 9, 10, 14 dan 16 Januari. Selain tugas itu, dalam kejohanan yang diadakan pada pagi ini, pelajar Tingkatan Enam turut membantu guru sebagai penunjuk arah laluan kepada peserta, hakim penamat, dan penjaga masa.

Mereka diberikan taklimat tentang tugas masing-masing sehari sebelum kejohanan berlangsung.

Dalam kejohanan itu, lima kategori dipertandingkan, iaitu Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15, Perempuan 15, dan Pendidikan Khas. Rumah Garuda (Rumah Hijau) muncul sebagai johan, diikuti oleh Rumah Pelanduk (Rumah Biru) sebagai naib johan, Rumah Singa (Rumah Merah) memperoleh tempat ketiga, dan diikuti oleh Rumah Harimau (Rumah Kuning).




Rabu, 25 Oktober 2017

KEM MEMPERTINGKATKAN DAN MENGUPAYAKAN PEMBELAJARAN KENDIRI TINGKATAN ENAM DAERAH DUNGUN

PELAJAR 6 Atas dan 6 Bawah mengikuti Kem Mempertingkatkan dan Mengupayakan Pembelajaran Kendiri Tingkatatn Enam Derah Dungun selama empat hari berturut-turut, yang bermula 22 Oktober 2017 hingga 25 Oktober 2017.


Dua mata pelajaran terlibat dalam kem yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Majlis Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam Daerah Dungun ialah Bahasa Melayu dan Pengajian Am.

Kem Bahasa Melayu diadakan di Pusat Latihan Kerteh, Felda Kerteh 2, Dungun pada 22 Oktober 2017 bagi pelajar 6 Atas (Penggal 3), dan 23 Oktober 2017 bagi pelajar 6 Bawah (Penggal 1). Kem Pengajian Am pula diadakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun pada 24 Oktober 2017 bagi pelajar 6 Bawah dan 25 Oktober 2017 bagi pelajar 6 Atas.

Selain pelajar SMK Sultan Omar, kem-kem tersebut turut disertai pelajar Tingkatan Enam dari SMK Tengku Intan Zaharah, SMK Paka, SMK Ketengah Jaya, dan SMK Durian Mas. 


Ahad, 22 Oktober 2017

PELAJAR ENAM BAWAH MENGENDALIKAN JAMUAN AKHIR TAHUN PERSATUAN PRAUNIVERSITI


PERSATUAN Prauniversiti (PPU) meneruskan aktiviti tahunannya dengan mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun di Hotel UiTM Dungun pada petang ini. Majlis ini dikendalikan oleh pelajar 6 Bawah.


Dalam majlis itu, pelajar 6 Atas dan guru Tingkatan Enam diraikan dengan penyampaian cenderamata penghargaan, di samping penyampaian hadiah cabutan bertuah, dan hadiah khas pelajar terbaik bagi beberapa kategori.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, Pengetua, dan Puan Hajah Wan Noorimah binti Wan Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran.

Selain persembahan daripada pelajar Enam Atas dan Enam Bawah, majlis turut diselitkan dengan acara penyerahan tanggungjawab pengendalian PPU daripada pelajar Enam Atas kepada pelajar Enam Bawah. Saudara Almuzamsyar Arif bin Abdullah sebagai Pengerusi PPU 2017 menyerahkan tugas kepada pengerusi yang baharu.


Selasa, 19 September 2017

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PRA-U DITUTUP HARI INI

SAMBUTAN Bulan Kemerdekaan Malaysia 2017 Peringkat Prauniversiti yang bermula serentak dengan sambutan peringkat sekolah pada 22 Ogos 2017 berakhir pada hari ini.


Sepanjang program sambutan itu berlangsung, bebeapa kegiatan dilaksanakan dalam kalangan pelajar prauniversiti. Antaranya ialah program pertandingan swafoto, video, deklamasi puisi, dan menulis esei. Pada hari penutupan rasmi, acara mencari harta karun, senamrobik, dan penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan.

Program disempurnakan penutupannya oleh Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, Pengetua SMK Sultan Omar.

Semua program dianjurkan dengan kerjasama daripada Kelab 1 Malaysia, Panitia Sejarah Tingkatan Enam, dan Pejabat Penerangan Daerah Dungun.


Khamis, 3 Ogos 2017

16 ORANG CALON STPM 2016 LAYAK KE UNIVERSITI AWAM SESI 2017/2018

SEJUMLAH 16 orang calon STPM 2016 dikenal pasti berjaya melanjutkan pengajian di universiti awam bagi sesi 2017/2018. 

Senarai calon yang berjaya dikeluarkan hari ini melalui dalam talian. Calon yang berjaya adalah seperti yang berikut:
  1. Mohd Amirul Fikri bin Anuwi (6 Atas Terbilang) - Universiti Teknologi Mara: Pengurusan Hartanah 
  2. Nur Amirah Farhana binti Che Ishak (6 Atas Terbilang) - Universiti Malaysia Pahang: Pengurusan Projek
  3. Nurharwani binti Mohd Harun (6 Atas Terbilang) - Universiti Teknologi Mara: Sains Pengurusan Sistem Maklumat
  4. Nurul Wahida binti Zahari (6 Atas Terbilang) - Universiti Malaysia Pahang: Pengurusan Teknologi Industri
  5. Muhammad Fakhrul Hakimin bin Haji Mokhtar (6 Atas Gemilang) - Universiti Malaysia Sabah: Sains Sosial (Sosiologi dan Antropologi Sosial)
  6. Asyraf Hakim bin Ab. Rahman (6 Atas Gemilang) - Universiti Utara Malaysia: Sarjana Muda Kaunseling
  7. Nurul Aminah binti Jusoh (6 Atas Gemilang) - Universiti Pendidikan Sultan Idris: Pendidikan Bahasa Melayu
  8. Aqilah binti Abd. Rahim (6 Atas Gemilang) - Universiti Malaysia Pahang: Pengurusan Projek
  9. Nurain Alissa binti Nor Azman (6 Atas Gemilang) - Universiti Teknologi Mara: Sarjana Muda Ukur Bahan
  10. Nadia Syakira binti Nordin (6 Atas Gemilang) - Universiti Teknologi Mara: Sarjana Muda Seni Bina Dalaman
  11. Siti Nabihah binti Shaikh Azam (6 Atas Gemilang) - Universiti Malaysia Kelantan: Keusahawanan Pelancongan
  12. Nik Nurin Afifah binti Nik Mohamad (6 Atas Gemilang) - Universiti Malaysia Kelantan: Keusahawanan Pelancongan
  13. Noralia Azira binti Anuar (6 Atas Gemilang) - Universiti Malaysia Terengganu: Sarjana Muda Kaunseling
  14. Siti Aishah Suhana binti Mohd Niza (6 Atas Gemilang) - Universiti Kebangsaan Malaysia: Sains Pembangunan
  15. Sarah Sadida 'Adila binti Abd Ghani (6 Atas Gemilang) - Universiti Teknologi Mara: Pengurusan Sistem Pejabat
  16. Nur Amilia Natasha binti Azlizan (6 Atas Cemerlang) - Universiti Kebangsaan Malaysia: Sastera - Pengajian Bahasa Melayu



Tahniah kepada semua yang berjaya.

Selasa, 2 Mei 2017

PELAJAR 6 BAWAH MENDAFTAR HARI INI

PELAJAR lepasan SPM 2016 yang layak memasuki Tingkatan 6 mendaftar sebagai pelajar prauniversiti sesi 2018 di Dewan Warisan SMKSO pada pagi ini.


Sehingga pukul 2:10 petang, 64 orang pelajar telah mendaftar, dan dipercayai sebahagian lagi akan mendaftar pada hari esok atau hari-hari seterusnya.

Selepas pendaftaran, pelajar mendengar ucapan alu-aluan daripada Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, Pengetua SMKSO, yang berharap agar pelajar yang ada kekal di tingkatan enam kerana banyak kelebihannya berbanding dengan saluran lain.

Semua pelajar akan menjalani minggu suai kenal sehingga 11 Mei 2017, dan mula mengikuti pelajaran pada 14 Mei 2017. Mereka akan dibahagikan kepada tiga buah kelas berdasarkan pencapaian dalam SPM 2016.

Semasa minggu suai kenal, semua pelajar baharu akan mengikuti taklimat tentang disiplin, dan pengenalan tentang setiap mata pelajaran.


Ahad, 23 April 2017

PELAJAR PRA-U MEMERIAHKAN MINGGU STEM DESSO

PELAJAR Pra-U terlibat dengan Minggu STEM DESSO 2017 apabila kebanyakan pelajar dipilih oleh pengurusan minggu tersebut untuk membantu mereka dalam beberapa aktiviti.


Minggu STEM dianjurkan oleh pengurusan akademik sekolah, dan diselenggarakan oleh Bidang Sains dan Matematik. Minggu STEM dijalankan sebagai lanjutan daripada kejayaan pelaksanaan Minggu Bahasa yang diadakan pada tahun lepas.

Selain membantu guru, sebahagian besar pelajar terlibat dengan bilik pameran tingkatan enam yang mempamerkan bahan panitia mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, dan MUET.

Selain pameran, pelajar Pra-U sendiri mengadakan kuiz untuk menarik pengunjung yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Minggu STEM bermula pada 23 April 2017 yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Kassim bin Hussin. Minggu STEM berlangsung hingga Khamis ini, dengan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016.


Khamis, 20 April 2017

KERAIAN PERTUKARAN ENCIK AHMAD LOTFI

PELAJAR Pra-U mengadakan majlis khas meraikan Encik Ahmad Lotfi bin Md Daud, Guru Pengajian Perniagaan, yang bertukar ke SMK Tengku Intan Zaharah pada bulan lepas.


Majlis itu yang turut dihadiri semua Guru Tingkatan Enam selepas selesai menghadapi Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 2 hari ini.

Encik Ahmad Lotfi yang juga Guru Kanan Mata Pelajaran Vokasional dan Teknik SMKSO dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh guru dan pelajar selama beliau terlibat dengan PdP tingkatan enam.

Encik Ahmad Lotfi digelar merupakan guru yang memberikan perhatian yang tinggi tentang pembangunan prasarana bangunan tingkatan enam. Beliau sentiasa mencari peruntukan untuk membolehkan blok tingkatan enam kelihatan ceria sehingga mendapat perhatian positif daripada pengurusan dan guru sekolah ini.


Rabu, 7 September 2016

TINGKATAN ENAM MELAWAT KEDAH DAN PERLIS

PELAJAR Pra-U mengadakan lawatan sambil belajar ke Kedah dan Perlis bermula hari ini dan akan berakhir pada hari Jumaat nanti.



Rombongan yang disertai oleh tujuh orang guru Pra-U itu berada di Pulau Langkawi selama dua hari dan satu malam. Mereka bermalam di Kangar sebelum melawat Gua Kelam dan Padang Besar di Perlis. Destinasi terakhir ialah Menara Alor Setar di Kedah.


Di Pulau Langkawi, rombongan berkesempatan untuk merasai keajaiban lukisan tiga dimensi di Langkawi Art Paradise, sebelum menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang. Kemudiannya, pelajar dan guru "memasuki" alam dinosaur melalui aktiviti simulasi di galeri SkyRex. Selain itu, rombongan juga melawat Underwater World Langkawi pada hari kedua.

Rombongan yang turut mengambil kesempatan membeli-belah di Langkawi melawat sekitar pulau legenda itu dengan bas pelancong dan mendapat pelbagai maklumat daripada pemandu pelancong.

Rombongan diketuai oleh Puan Rosni binti Ibrahim. Turut menyertai rombongan ialah Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Mazlan bin Mohd, Ketua Guru Kaunseling SMKSO, Tuan Haji Ramli bin Musa, dan Imam Surau Al-Ikhlas SMKSO, Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.




Isnin, 5 September 2016

JALAN KAKI DAN EKSPLORASI MERDEKA PRA-U

KELAB Rukun Negara dengan kerjasama Persatuan Prauniversiti dan Kelab Pengguna menganjurkan dua program menghayati kemerdekaan pada hari ini, iaitu Jalan Kaki Merdeka, dan Eksplorasi Merdeka.


Program Jalan Kaki Merdeka disertai pelajar dan guru Pra-U, dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Dungun. Peserta berarak dari Dataran Perhimpunan di hadapan Blok Pra-U ke jalan raya melalui jalan di hadapan Mahkamah Majistret Dungun, Pejabat Penerangan Dungun, Jalan Merbok, dan sebahagian Jalan Yahya Ahmad, sebelum kembali ke tempat bermulanya program. Perarakan diiringi oleh kenderaan dari Pejabat Penerangan Daerah Dungun dengan memutarkan lagu-lagu patriotik.

Program Eksplorasi Merdeka pula disertai oleh 48 orang pelajar Pra-U Atas dan Bawah, yang terdiri daripada lapan kumpulan. Perjalanan program dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Pra-U.

Selain dua aktiviti tersebut, program yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaaan ke-59 ini juga mengadakan Pertandingan Menulis dan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan, dan Selfi Kemerdekaan yang telah bermula pada 28 Ogos lalu.

Majlis penutupan program dijangka akan diadakan pada 22 September 2016.


Ahad, 28 Ogos 2016

KEM TUTORIAL STPM PENGGAL 3 DAERAH DUNGUN DI PUSAT LATIHAN KERTEH

PELAJAR Pra-U Atas mengikuti Kem Tutorial STPM Penggal 3 selama tiga hari di Pusat Latihan Kerteh, Dungun anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bermula petang ini hingga Selasa, 30 Ogos 2016.


Kesemua pelajar itu mengikuti kem berkenaan bersama dengan pelajar Pra-U Atas dari SMK Tengku Intan Zaharah, SMK Paka, SMK Ketengah Jaya, dan SMK Durian Mas.

Pada hari pertama, pelajar mengikuti pertandingan sukan sebagai suatu riadah untuk mencergaskan minda dan fizikal, dan pada malamnya mereka diberikan motivasi khas. Pada hari kedua, mereka mengikuti teknik pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pengajian Perniagaan dan Ekonomi, manakala pada hari terakhir, pelajar mengikuti pembelajaran mata pelajaran Sejarah dan Geografi pua.

Penggubalan soalan dan proses pemudah cara dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran dari semua sekolah yang terlibat.


Rabu, 17 Ogos 2016

JALAN KAKI 1000 LANGKAH

SETELAH beberapa kali tertangguh semenjak penggal lalu, Unit Kokurikulum Pra-U SMKSO berjaya mengadakan program Jalan Kaki 1000 Langkah pada hari ini.


Program itu bermula di hadapan Blok Pra-U mulai pukul 8:50 pagi. Semua pelajar Pra-U mengambil bahagian dengan keluar melalui pintu pagar utama SMKSO, kemudiannya melalui hadapan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, SMK Seri Dungun, kawasan Pasar Malam Sura Gate, Jalan Yahya Ahmad, dan kembali ke tempat bermula.

Perjalanan dalam lingkungan dua kilometer itu turut disertai oleh guru-guru Pra-U. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu juga sebenarnya diyakini telah menghasilkan lebih daripada 1000 langkah. Selepas berehat seketika, pelajar-pelajar mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa mulai pukul 9:00 pagi.

Dijangkakan program itu akan diadakan sekali lagi pada bulan September nanti dengan jarak perjalanan yang lebih jauh.




Isnin, 8 Ogos 2016

ENAM CALON STPM 2015 LAYAK KE UNIVERSITI AWAM TAHUN INI

LIMA orang calon STPM 2015 layak untuk melanjutkan pengajian ijazah pertama di universiti awam bagi sesi pengajian 2016/2017 berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan oleh Unit Pusat Universiti.


Calon-calon yang dimaksudkan ialah:

BIL
NAMA
PNGK
UNIVERSITI
KURSUS
1
AINA KHAIRUNNISA BINTI HASSAN 
(PRA-U ATAS TERBILANG)
3.50
UNIVERSITI SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) DENGAN KEPUJIAN
2
NOR FATIHAH BINTI MOHAMMAD
(PRA-U ATAS CEMERLANG)
3.00
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN
3
MOHD AMIN BIN CHE AZIZ
(PRA-U ATAS GEMILANG)
3.67
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (KEPUJIAN)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
4
NUR AZIZATI BINTI ZAWAWI
(PRA-U ATAS GEMILANG)
3.58
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN
5
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUDA
(PRA-U ATAS CEMERLANG)
3.42
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
B.A. ENGLISH LANGUAGE AND LITERATURE STUDIES
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEJARAH
6
SITI NOR AISAH BINTI ABD. AZIZ
(PRA-U ATAS CEMERLANG)
3.58
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PERSURATAN MELAYU)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SARJANA MUDA SASTERA (KEPUJIAN)


Tiga orang calon memperoleh dua tawaran. Siti Nor Aisah binti Abd. Aziz memilih kursus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Muhammad Firdaus bin Muda akan mengikuti kursus di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sementara itu, Mohd Amin bin Che Aziz yang juga memperoleh dua tawaran menolak kedua-dua tawaran itu kerana sedang mengikuti kursus Pembantu Kesihatan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan pelajar terbaik SMKSO bagi peperiksaan STPM 2015.

Seramai 23 orang calon menduduki STPM pada sesi 2015 lalu dengan pencapaian 100 peratus lulus.




Khamis, 4 Ogos 2016

GOTONG-ROYONG PERDANA PRA-U

PELAJAR Pra-U Bawah dan Atas mengadakan Gotong-royong Perdana di Blok Pra-U pada hari ini mulai 11:30 pagi hingga waktu tamat persekolahan dengan bantuan guru-guru.


Pelajar perempuan sebahagian besarnya terlibat dengan aktiviti mengecat tiang bangunan di tingkat dua. Sementara itu, pelajar lelaki terlibat dengan aktiviti membersihkan dan memindahkan perabot dari Bilik MUET di tingkat tiga ke tingkat satu. Sebahagian lagi pelajar perempuan membersihkan Bilik Kitar Semula di tingkat satu, dan sebuah lagi bilik kosong yang terbiar di tingkat dua. Pelajar perempuan turut membersih dan menghias bilik darjah masing-masing.

Barang-barang yang tidak diperlukan yang terdiri daripada kertas, plastik dan besi dikumpulkan dan diserahkan kepada pusat barangan lusuh Awi Metal.




Selasa, 28 Jun 2016

MAJLIS IFTAR PRA-U

PELAJAR Pra-U Bawah mengadakan Majlis Iftar Pra-U di Restoran Dapur Arang, Alur Tempoyak petang ini.



Majlis itu turut disertai oleh pelajar Pra-U Atas. Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Mazlan bin Mohd, Guru Penasihat Persatuan Pra-U, Encik Suhaimi bin Mohd Salleh dan Puan Rosni binti Ibrahim, serta Ketua Bidang Vokasional dan Teknik, Encik Ahmad Lotfi bin Md Daud turut hadir.

Majlis tersebut merupakan majlis berbuka puasa yang julung-julung kali diadakan oleh pelajar Pra-U.


Selasa, 17 Mei 2016

RESTU ILMU RINGKAS UNTUK MENGHADAPI STPM PENGGAL 2

PRA-U Atas mengadakan bacaan surah Yasin, sembahyang hajat, dan Majlis Restu Ilmu ringkas di Surau Al-Ikhlas SMKSO pagi ini untuk mendapatkan cahaya kejayaan dalam peperiksaan STPM Penggal 2 tahun 2016 yang akan bermula pada 19 Mei 2016 (Khamis) ini.


Dalam majlis itu, pelajar Pra-U Atas, yang turut diserai pelajar Pra-U Bawah, bersalam dengan guru-guru Pra-U sebagai simbolik mendapatkan restu untuk setiap ilmu yang diterima daripada guru.

Pelajar Pra-U Atas akan menduduki kertas Pengajian Am 2 pada 19 Mei 2016, diikuti dengan Bahasa Melayu 2 dan Pengajian Perniagaan 2 pada 23 Mei 2016 (Isnin), dan Ekonomi dan Sejarah pada 24 Mei 2016 (Selasa).

Untuk menghadapi peperiksaan tersebut, pelajar telah dibekalkan dengan pelbagai latihan, modul, dan kelas tambahan. Pada saat-saat akhir untuk menduduki peperiksaan, pelajar masih lagi dibantu melalui Pecutan Akhir sehingga 22 Mei 2016 (Ahad).


Khamis, 12 Mei 2016

MINGGU SUAI KENAL BERAKHIR

PELAJAR Pra-U Bawah 2016, yang mendaftar pada 4 Mei 2016 lalu, menamatkan aktiviti Minggu Suai Kenal hari ini dalam satu majlis penutupan yang sederhana tetapi meriah.


Majlis dihadiri oleh semua guru Pra-U, guru-guru pengurusan, dan pelajar Pra-U Atas. Dalam majlis itu, wakil Pra-U Bawah memberikan ucapan, diikuti majlis perasmian penutupan oleh Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua SMKSO.

Majlis penutupan diserikan dengan persembahan sketsa, nyanyian, dan tayangan multimedia daripada semua pelajar Pra-U Bawah.

Pelajar Pra-U Bawah akan mula mengikuti pelajaran pada minggu hadapan.