SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 13 OGOS 2018 - 8:30 MALAM SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SELAMAT BELAJAR DENGAN TEKUN. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Selasa, 22 April 2014

PERSATUAN PRA-U BUKA GERAI JUALAN AMAL


BERSEMPENA dengan Festival Pendidikan DESSO 2, Persatuan Prauniversiti (PPU) mengambil inisiatif dengan menyertai kelab dan persatuan DESSO yang lain membuka gerai jualan.


Gerai jualan yang dibuka oleh PPU lebih bersifat kebajikan dengan menjual  barang-barang terpakai dan hasilnya digunakan untuk mengisi tabung PPU dan tabung Palestin. Antara barang yang dijual ialah pakaian, beg, buku, dan lencana yang diperoleh melalui sumbangan guru-guru Tingkatan 6 sendiri. Selain itu, barang terpakai juga diperoleh daripada badan bukan kerajaan dan individu dari luar sekolah.

Sebanyak 40% daripada hasil hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung PPU, manakala 60%  lagi akan disumbangkan kepada  Tabung Amal Palestin.


Oleh sebab semasa berlangsungnya festival itu pelajar Tingkatan 6 Atas sedang menduduki Peperiksaan Percubaan Penggal 2, gerai dikendalikan secara sukarela oleh empat orang bekas pelajar Tingkatan 6 tahun 2013. Walau bagaimanapun, beberapa orang pelajar 6 Atas memberikan bantuan ketika mereka mempunyai ruang waktu untuk turun ke tapak festival di padang DESSO.