SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

PROFIL

1.0  SEJARAH SMK SULTAN OMAR
SMK Sultan Omar bermula pada tahun 1959 dengan wujudnya peringkat menengah bagi Dungun English School (DES). Peringkat menengah ini dimulai dengan 35 orang calon yang lulus dalam Malayan Secondary School Entrance Examination dan layak memasuki Tingkatan 1. Ketika itu, peringkat menengah ini masih di bawah pentadbiran yang sama dengan peringkat rendah. Kumpulan pelajar ini mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1981, dan 19 orang daripadanya berjaya untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 4 pada tahun berikutnya.

Pada awal tahun 1963, DES peringkat menengah memperoleh status pentadbiran sendiri apabila dipecahkan daripada pentadbiran peringkat rendah. Peringkat sekolah menengah secara bersendiri ini dikenali sebagai Dungun English Secondary School (DESS) dengan Guru Besar yang pertama ialah Encik Lim Teh Eng. Pada tahun yang sama, kumpulan pelajar perintis tadi kemudiannya menduduki peperiksaan Over Seas Certificate (OSC) dan Federal Malayan Certificate (FMC), dan diperkenalkan juga Tingkatan 1 Aliran Melayu.

Mulai tahun 1975, DESS ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sultan Omar. Ketika itu SMSO di bawah pentadbiran Encik T.N. Varughese. Pemilihan nama baharu ini mengambil sempena nama Sultan Terengganu kesembilan. Serentak dengan itu, terjadi pertukaran aliran daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu sepenuhnya sehingga sekarang. Pada akhir 1990-an, nama sekolah kebangsaan ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar.


2.0  SEJARAH PRA-U SMK SULTAN OMAR
PENGAJIAN Tingkatan 6 bermula di SMK Sultan Omar pada tahun 1989 apabila 31 orang pelajar Tingkatan 6 Bawah ditempatkan di dalam sebuah kelas aliran Sastera. Ketika itu SM Sultan Omar di bawah pentadbiran guru besar/pengetua yang ke-13, Tuan Haji Che Daud @ Zakaria bin Yacob.

Sekolah ini pernah menerima sekumpulan pelajar aliran Sains pada tahun 2001 tetapi berakhir pada tahun berikutnya. Selepas itu, sekolah ini hanya menerima pelajar aliran Kemanusiaan.

Pelajar Pra-U SMK Sultan Omar datangnya daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari SMK Sultan Omar sendiri, SMK Seri Dungun, SMK Pulau Serai, dan SMK Kompleks Rantau Abang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.