SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Rabu, 9 September 2015

DIALOG KETUA PPD DUNGUN DENGAN PELAJAR PRA-U

PEGAWAI Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Bakar bin Jusoh mengadakan dialog dengan pelajar Pra-U di Bilik Mesyuarat Gemilang SMKSO pagi ini.


Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Dungun tersebut menyeru pelajar Pra-U, khususnya Pra-U Atas agar meningkatkan usaha untuk melonjakkan keputusan supaya lebih baik daripada keputusan yang diperoleh semasa Penggal 1 dan Penggal 2. Selain itu, beliau mahu pelajar menanamkan sikap yakin akan kebolehan diri kerana sikap itu terbukti dapat membantu pelajar untuk berusaha tanpa jemu.

Dalam majlis itu, diumumkan dua orang pelajar yang dijangka akan menunjukkan pencapaian yang tinggi, iaitu Mohd Amin bin Che Aziz dan Nur Azizati binti Nawawi, kedua-duanya dari Pra-U Atas Gemilang.




Khamis, 3 September 2015

KHIDMAT PRA-U DI PEJABAT PENERANGAN DUNGUN

DUA puluh orang pelajar Pra-U Bawah terlibat dalam khidmat bakti keceriaan di Pejabat Penerangan Daerah Dungun mulai 8:30 pagi ini.


Pelajar-pelajar tersebut ditugaskan untuk melukis dan mengecat mural pada dinding bangunan di Pejabat Penerangan Daerah Dungun.

Guru pengiring yang menyelia ialah Cik Kamaliana dan Yang Mulia Raja Nazreen.

Pelajar bergambar di ruang hadapan Pejabat Penerangan Daerah Dungun. Gambar kiriman Cik Kamaliana

PELAJAR PRA-U MENDERMA DARAH

BEBERAPA orang pelajar Pra-U Bawah dan Pra-U Atas terlibat dengan Kempen Derma Darah yang dijalankan oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah yang diadakan di Dewan Warisan SMK Sultan Omar pada pagi ini.


Pelajar-pelajar tersebut menderma darah bersama dengan beberapa orang pelajar Tingkatan Lima.

Individu yang layak menderma darah ialah yang berusia 17 tahun dengan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga, manakala yang sudah berusia 18 tahun ke atas, tidak memerlukan kebenaran, di samping lulus pemeriksaan saringan, seperti cukup berat badan, tidak demam atau sakit, darah yang sesuai, dan sebagainya.

Turut menderma darah ialah Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd dan beberapa orang guru.