SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Ahad, 23 April 2017

PELAJAR PRA-U MEMERIAHKAN MINGGU STEM DESSO

PELAJAR Pra-U terlibat dengan Minggu STEM DESSO 2017 apabila kebanyakan pelajar dipilih oleh pengurusan minggu tersebut untuk membantu mereka dalam beberapa aktiviti.


Minggu STEM dianjurkan oleh pengurusan akademik sekolah, dan diselenggarakan oleh Bidang Sains dan Matematik. Minggu STEM dijalankan sebagai lanjutan daripada kejayaan pelaksanaan Minggu Bahasa yang diadakan pada tahun lepas.

Selain membantu guru, sebahagian besar pelajar terlibat dengan bilik pameran tingkatan enam yang mempamerkan bahan panitia mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, dan MUET.

Selain pameran, pelajar Pra-U sendiri mengadakan kuiz untuk menarik pengunjung yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Minggu STEM bermula pada 23 April 2017 yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Kassim bin Hussin. Minggu STEM berlangsung hingga Khamis ini, dengan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016.


Khamis, 20 April 2017

KERAIAN PERTUKARAN ENCIK AHMAD LOTFI

PELAJAR Pra-U mengadakan majlis khas meraikan Encik Ahmad Lotfi bin Md Daud, Guru Pengajian Perniagaan, yang bertukar ke SMK Tengku Intan Zaharah pada bulan lepas.


Majlis itu yang turut dihadiri semua Guru Tingkatan Enam selepas selesai menghadapi Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 2 hari ini.

Encik Ahmad Lotfi yang juga Guru Kanan Mata Pelajaran Vokasional dan Teknik SMKSO dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh guru dan pelajar selama beliau terlibat dengan PdP tingkatan enam.

Encik Ahmad Lotfi digelar merupakan guru yang memberikan perhatian yang tinggi tentang pembangunan prasarana bangunan tingkatan enam. Beliau sentiasa mencari peruntukan untuk membolehkan blok tingkatan enam kelihatan ceria sehingga mendapat perhatian positif daripada pengurusan dan guru sekolah ini.