SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Ahad, 12 Oktober 2014

ENAM ORANG PELAJAR PRA-U MENGIKUTI PROGRAM KECEMERLANGAN DI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

ENAM orang pelajar Pra-U Atas terpilih mengikuti dua program peningkatan kecemerlangan di peringkat negeri Terengganu di Kuala Terengganu mulai hari ini.

Roziana binti Mohamad dari 6 Pra-U Atas Gemilang serta Nor Mariah Fatihah binti Mohd Nor dan Nur Amira Shuhada binti Adnan, kedua-duanya dari 6 Pra-U Atas Cemerlang, terpilih mengikuti Kem Akademi Pengajian Am anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Terengganu di Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Tiga orang pelajar lain, Mohd Nadzir bin Mohammad, Athira Najwa binti Zakaria dan Faziera binti Jasni, ketiga-tiganya dari Pra-U Atas Terbilang, terpilih mengikuti Kem Elit STPM Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Hotel Sumai, Kuala Terengganu.

Tiga orang pelajar yang terpilih ke program GPMS dipilih berdasarkan potensi mereka untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Pengajian Am, manakala kumpulan yang terpilih mengikuti program elit anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu terpilih kerana kecemerlangan masing-masing dalam keseluruhan mata pelajaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.