SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 12 MEI 2018 - 06:03 PETANG SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SELAMAT BELAJAR DENGAN TEKUN. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Ahad, 30 November 2014

MUHAMMAD NADZIR TERIMA ANUGERAH MURID CEMERLANG EXXONMOBIL 2014

PELAJAR PRA-U Atas Terbilang, Muhammad Nadzir bin Mohammad menerima Anugerah Murid Cemerlang ExxonMobil 2014 di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man pada petang ini.


Muhammad Nadzir adalah antara 24 orang pelajar Pra-U dari seluruh negeri Terengganu bagi Kategori Tingkatan 6 Atas, dan merupakan seorang daripada tiga orang pelajar Pra-U dari daerah Dungun.

Anugerah yang bernilai RM1,000.00 itu diterima daripada YB Dato' Haji Mohd Zubir bin Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Pemberian anugerah ini dilakukan oleh ExxonMobil dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk memberi penghargaan dan galakan kepada pelajar di Terengganu daripada keluarga berpendapatan rendah dan memperlihatkan pencapaian cemelang dalam pendidikan.

Seramai 264 orang pelajar cemerlang dari sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas dan Tingkatan 6 menerima anugerah masing-masing yang turut dihadiri oleh ibu bapa dan guru besar dan pengetua masing-masing. Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail mewakili Pengetua SMK Sultan Omar ke majlis tersebut. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.