SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 29 OKTOBER 2018 - 11:50 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Isnin, 2 Mac 2015

CATATAN SEJARAH DALAM KEPUTUSAN STPM

PELAJAR sesi pengajian 2014 mencatat sejarah manis dalam album keputusan STPM apabila Tengku Nofazila binti Tengku Saharudin muncul sebagai pelajar ulung meraih 4A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0.


Kecemerlangan Tengku Nofazila diumumkan di Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin (SMAAZA), Kuala Terengganu hari ini, dan membariskannya bersama dengan 11 orang pelajar lain dari seluruh negeri Terengganu yang mencatatkan kejayaan yang serupa, malahan dia menjadi calon tunggal dari daerah Dungun yang memperoleh kejayaan itu bagi sesi 2014.

Sementara itu di SMK Sultan Omar, 15 orang pelajar mendapatkan slip keputusan masing-masing daripada Guru Projek Kecemerlangan STPM, Puan Robiah binti Husain. Walaupun calon STPM sekolah ini seramai 43 orang, calon-calon lain belum menerima slip keputusan kerana menunggu keputusan peperiksaan Ulangan Penggal 3 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Selain Tengku Nofazila dengan pencapaian 4.0, 11 orang rakannya pula memperoleh PNGK 3.0 ke atas. Mereka ialah Mohamad Nadzir bin Mohammad (3.67), Nur Aisyah binti Mohamad Depawali (3.67), Mastura binti Bakar (3.50), Ainaa Shahirah binti Asmadi (3.42), Athira Najwa binti Zakaria (3.42), Nor Hasyimah binti Yusof (3.42), Faziera binti Jasni (3.25), Nor Shahira binti Mohd Nor Ilah (3.25), Ahmad Fakhruddin bin Mohammad (3.17), Nurfaziatul Nadhirah binti Rozak (3.17), dan  Shahira binti Yusof (3.00).

PNGK tersebut belum mengambil kira keputusan peperiksaan Ulangan Penggal 3 yang akan diduduki oleh beberapa orang daripada mereka pada minggu hadapan.

SMK Sultan Omar memperoleh gred purata 2.58, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 0.99 mata berbanding dengan keputusan 2013.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.