SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Khamis, 16 April 2015

12 PELAJAR TERBAIK STPM 2014 TERIMA PENGHARGAAN

DUA belas orang pelajar terbaik STPM 2014 menerima penghargaan daripada Pengurusan SMK Sultan Omar dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan DESSO 2014 di Dewan Warisan pagi ini.


Kesemua dua belas orang itu mencatatkan pencapaian PNGK 3.00 dan ke atas, termasuk Tengku Nofazila binti Tengku Saharudin yang memperoleh 4.00 setelah mendapat A dalam semua empat mata pelajaran yang diduduki.

Pelajar lain yang mendapat penghargaan berupa sijil dan wang tunai itu ialah Muhamad Nadzir bin Mohammad (3.67), Nur Aisyah binti Mohamad  Depawali (3.67), Mastura binti Bakar (3,50), Athira Najwa binti Zakaria (3.42), Noor Hashimah binti Yusof (3.42), Ainaa Syahirah binti Asmadi (3.42), Faziera binti Jasni (3.25), Nor Shahira binti Mohd Nor Ilah (3.25), Ahmad Fakhruddin bin Mohammmad (3.17), Nurfaziatul Nadhirah binti Rozak (3.17), dan Shahirah binti Yusof (3.00).


Selain itu, majlis kecemerlangan kali ini juga menampilkan semua guru Pra-U di pentas menerima sijil penghargaan dan hadiah iringan kerana peningkatan pencapaian STPM 2014 yang meliputi semua mata pelajaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.