SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 29 OKTOBER 2018 - 11:50 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Khamis, 27 Ogos 2015

PROGRAM PERKONGSIAN PENGALAMAN "IMPIAN TERLAKSANA"

BEBERAPA orang pelajar lepasan STPM 2014 yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti awam tempatan hadir ke sekolah untuk memberikan motivasi kepada rakan-rakan mereka yang sedang menduduki pengajian Penggal 3 dan Penggal 1 pada pagi ini.


Dalam "Program Impian Terlaksana" itu, mereka berkongsi pengalaman dalam aspek kaedah belajar yang memberi mereka peluang untuk mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan dan akhirnya ditawarkan ke pengajian tinggi awam.

Turut hadir ialah calon terbaik, Tengku Nofazilah binti Tengku Saharudin yang memperoleh PNGK 4.0, dan mendapat tawaran daripada tiga buah universiti, iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaya (UM). Difahamkan bahawa Tengku Nofazila memilih untuk melanjutkan pengajian di USM dalam bidang kursus Pendidikan Sejarah.

Mereka akan memulakan pengajian sesi 2015/2016 pada awal bulan September nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.