SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Isnin, 5 September 2016

JALAN KAKI DAN EKSPLORASI MERDEKA PRA-U

KELAB Rukun Negara dengan kerjasama Persatuan Prauniversiti dan Kelab Pengguna menganjurkan dua program menghayati kemerdekaan pada hari ini, iaitu Jalan Kaki Merdeka, dan Eksplorasi Merdeka.


Program Jalan Kaki Merdeka disertai pelajar dan guru Pra-U, dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Dungun. Peserta berarak dari Dataran Perhimpunan di hadapan Blok Pra-U ke jalan raya melalui jalan di hadapan Mahkamah Majistret Dungun, Pejabat Penerangan Dungun, Jalan Merbok, dan sebahagian Jalan Yahya Ahmad, sebelum kembali ke tempat bermulanya program. Perarakan diiringi oleh kenderaan dari Pejabat Penerangan Daerah Dungun dengan memutarkan lagu-lagu patriotik.

Program Eksplorasi Merdeka pula disertai oleh 48 orang pelajar Pra-U Atas dan Bawah, yang terdiri daripada lapan kumpulan. Perjalanan program dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Pra-U.

Selain dua aktiviti tersebut, program yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaaan ke-59 ini juga mengadakan Pertandingan Menulis dan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan, dan Selfi Kemerdekaan yang telah bermula pada 28 Ogos lalu.

Majlis penutupan program dijangka akan diadakan pada 22 September 2016.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.