SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Rabu, 7 September 2016

TINGKATAN ENAM MELAWAT KEDAH DAN PERLIS

PELAJAR Pra-U mengadakan lawatan sambil belajar ke Kedah dan Perlis bermula hari ini dan akan berakhir pada hari Jumaat nanti.



Rombongan yang disertai oleh tujuh orang guru Pra-U itu berada di Pulau Langkawi selama dua hari dan satu malam. Mereka bermalam di Kangar sebelum melawat Gua Kelam dan Padang Besar di Perlis. Destinasi terakhir ialah Menara Alor Setar di Kedah.


Di Pulau Langkawi, rombongan berkesempatan untuk merasai keajaiban lukisan tiga dimensi di Langkawi Art Paradise, sebelum menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang. Kemudiannya, pelajar dan guru "memasuki" alam dinosaur melalui aktiviti simulasi di galeri SkyRex. Selain itu, rombongan juga melawat Underwater World Langkawi pada hari kedua.

Rombongan yang turut mengambil kesempatan membeli-belah di Langkawi melawat sekitar pulau legenda itu dengan bas pelancong dan mendapat pelbagai maklumat daripada pemandu pelancong.

Rombongan diketuai oleh Puan Rosni binti Ibrahim. Turut menyertai rombongan ialah Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Mazlan bin Mohd, Ketua Guru Kaunseling SMKSO, Tuan Haji Ramli bin Musa, dan Imam Surau Al-Ikhlas SMKSO, Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.