SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 12 MEI 2018 - 06:03 PETANG SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SELAMAT BELAJAR DENGAN TEKUN. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Selasa, 2 Mei 2017

PELAJAR 6 BAWAH MENDAFTAR HARI INI

PELAJAR lepasan SPM 2016 yang layak memasuki Tingkatan 6 mendaftar sebagai pelajar prauniversiti sesi 2018 di Dewan Warisan SMKSO pada pagi ini.


Sehingga pukul 2:10 petang, 64 orang pelajar telah mendaftar, dan dipercayai sebahagian lagi akan mendaftar pada hari esok atau hari-hari seterusnya.

Selepas pendaftaran, pelajar mendengar ucapan alu-aluan daripada Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, Pengetua SMKSO, yang berharap agar pelajar yang ada kekal di tingkatan enam kerana banyak kelebihannya berbanding dengan saluran lain.

Semua pelajar akan menjalani minggu suai kenal sehingga 11 Mei 2017, dan mula mengikuti pelajaran pada 14 Mei 2017. Mereka akan dibahagikan kepada tiga buah kelas berdasarkan pencapaian dalam SPM 2016.

Semasa minggu suai kenal, semua pelajar baharu akan mengikuti taklimat tentang disiplin, dan pengenalan tentang setiap mata pelajaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.