SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 12 MEI 2018 - 06:03 PETANG SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SELAMAT BELAJAR DENGAN TEKUN. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Isnin, 13 Julai 2015

PELAJAR PRA-U TERLIBAT DENGAN MAJLIS KHATAM QURAN DAN MENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA

BEBERAPA orang pelajar Pra-U Atas dan Pra-U Bawah terlibat dengan Majlis Khatam al-Quran yang diadakan di Surau Al-Ikhlas pada pagi ini. Kesemua pelajar tersebut antara 30 orang pelajar yang menghabiskan badaan satu juzuk yang ditugaskan kepada mereka, bersama-sama dengan pelajar dari tingkatan lain.


Acara tersebut dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Al-Ikhlas, yang merupakan satu daripada beberapa acara yang terkandung dalam program Ihya Ramadan yang bermula semenjak awal bulan Ramadan lagi. Acara diketuai oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.

Selain itu, beberapa orang pelajar Pra-U yang terdiri daripada pelajar miskin dan yatim menerima sumbangan hari raya yang diserahkan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

Turut hadir dalam majlis itu, selain Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd, ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad, dan semua Ketua Bidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.