SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 12 MEI 2018 - 06:03 PETANG SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SELAMAT BELAJAR DENGAN TEKUN. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Selasa, 1 Mac 2016

MAJLIS AKU JANJI: PELAJAR BERIKRAR

SEMUA calon STPM Penggal 2 mengikuti program Majlis Aku Janji, bersama-sama dengan pelajar PT3 dan SPM pada pagi ini di Dewan Warisan, SMK Sultan Omar.


Majlis bermula dengan atur cara Penetapan Target yang memerlukan setiap orang pelajar menetapkan gred yang ingin dicapai bagi setiap mata pelajaran dalam peperiksaan awam yang akan dihadapi nanti. Program dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, SMK Sultan Omar.

Pelajar Pra-U akan menghadapi peperiksaan STPM Penggal 2 pada 19 Mei 2016 nanti.

Seterusnya, pelajar mengikuti amanat daripada Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, dan kemudiannya melafazkan ikrar untuk berusaha dengan gigih, menjaga displin, dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Majlis diakhiri dengan acara zikir munajat dan bacaan doa kecemerlangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih.