SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Rabu, 2 Mac 2016

CALON STPM 2015 LULUS 100 PERATUS

CALON STPM 2015 mencatat sejarah dalam siri peperiksaan STPM Sistem Baharu apabila memperoleh kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan tersebut, sekurang-kurangnya bagi satu mata pelajaran, yang pertama semenjak 2013.


Keputusan STPM 2015 diumumkan pada hari ini dan calon memperoleh keputusan mulai pukul 12:30 tengah hari dalam satu majlis ringkas di Bilik Mesyuarat Gemilang, DESSO.

Sembilan orang calon mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas, iaitu Mohd Amin bin Che Aziz (3.67), Siti Nor Aisah binti Abd Aziz (3.58), Nur Azizati binti Nawawi (3.58), Aina Khairunnisa binti Hassan (3.50), Muhammad Firdaus bin Muda (3.42), Nor Syafiqah binti Rasidin (3.25), Khairunn Najihah binti Mazlan (3.17), Mohd Helmi bin Omar (3.00), dan Nor Fatihah binti Mohammad (3.00).

Pelajar terbaik ialah Mohd Amin bin Che Aziz yang mendapat 2A (Bahasa Melayu dan Sejarah), dan 2B+ (Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan).

Selain itu, SMK Sultan Omar yang memperoleh min PNGK 2.70 juga berjaya mengatasi min PNGK kebangsaan, 2.65.

Mata pelajaran terbaik dalam peperiksaan ini ialah Bahasa Melayu dan Sejarah, masing-masing mendapat kelulusan 95.65 peratus.

Slip keputusan dan sijil kejayaan disampaikan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar. 


1 ulasan:

  1. The best casino slot games to play (2021) - Dr.MD
    This casino game will 정읍 출장안마 show you how to play games for free. In this post, I 남원 출장샵 will show you some casino slot games and which ones can 청주 출장샵 I try 당진 출장샵 on for 광주 출장안마

    BalasPadam

Terima kasih.