SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PRA-U SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU - TARIKH KEMAS KINI: 30 JANUARI 2019 - 10:20 MALAM SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN SEMESTER 1, ULANGAN SEMESTER 2, DAN SEMESTER 1. SELAMAT BERJAYA.

WARGA PRAUNIVERSITI 2017

banner

Khamis, 27 Ogos 2015

PROGRAM PERKONGSIAN PENGALAMAN "IMPIAN TERLAKSANA"

BEBERAPA orang pelajar lepasan STPM 2014 yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti awam tempatan hadir ke sekolah untuk memberikan motivasi kepada rakan-rakan mereka yang sedang menduduki pengajian Penggal 3 dan Penggal 1 pada pagi ini.


Dalam "Program Impian Terlaksana" itu, mereka berkongsi pengalaman dalam aspek kaedah belajar yang memberi mereka peluang untuk mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan dan akhirnya ditawarkan ke pengajian tinggi awam.

Turut hadir ialah calon terbaik, Tengku Nofazilah binti Tengku Saharudin yang memperoleh PNGK 4.0, dan mendapat tawaran daripada tiga buah universiti, iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaya (UM). Difahamkan bahawa Tengku Nofazila memilih untuk melanjutkan pengajian di USM dalam bidang kursus Pendidikan Sejarah.

Mereka akan memulakan pengajian sesi 2015/2016 pada awal bulan September nanti.


Selasa, 11 Ogos 2015

16 ORANG LEPASAN STPM 2014 BERJAYA KE UNIVERSITI AWAM

ENAM belas orang lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014 mendapat tawaran daripada Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melanjutkan pengajian di universiti awam bagi sesi 2015/2016.

Keputusan kemasukan yang diumumkan oleh UPU itu diperoleh mulai pukul 12:00 tengah hari ini melalui aplikasi sistem pesanan ringkas (SMS) dan portal universiti.

Calon-calon tersebut ialah:

BIL
NAMA
PNGK
UNIVERSITI
KURSUS
1
MUHAMAD NADZIR BIN MOHAMMAD
3.67
UMT
SARJANA MUDA KAUNSELING
2
AINAA SYAHIRAH BINTI ASMADI
3.42
UiTM
SARJANA MUDA SAINS MAKLUMAT (KEPUJIAN) PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT
3
ATHIRA NAJWA BINTI ZAKARIA

3.42
UPSI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UM
BAHASA DAN LINGUISTIK BAHASA PERANCIS
4
MASTURA BINTI BAKAR
3.50
UUM
SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN
5
NOR SHAHIRA BINTI MOHD NOR ILAH
3.25
UUM
SARJANA MUDA PENGURUSAN PEMBANGUNAN DENGAN KEPUJIAN
USM
SASTERA

6
TENGKU NOFAZILA BINTI TENGKU SAHARUDIN
4.00
UMT
SARJANA MUDA EKONOMI (SUMBER ALAM)
USM
PENDIDIKAN SEJARAH

UM
EKONOMI

7
AHMAD FAKHRUDDIN BIN MOHAMMAD
3.17
UniSZA
IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL) DENGAN KEPUJIAN
8
MARZUKI BIN SULONG
2.59
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (REKA BENTUK PERINDUSTRIAN) DENGAN KEPUJIAN
9
NOOR HASYIMAH BINTI YUSOFF
3.42
UMT
SARJANA MUDA PENGURUSAN (PEMASARAN)
10
NURSUHAIBAH BINTI AHMAD LEE
2.50
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (SENI HALUS) DENGAN KEPUJIAN
11
SHAHIRAH BINTI YUSOF
3.00
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN (KESUSASTERAAN HIBRID) DENGAN KEPUJIAN
12
KHAIRUNN HAZIRAH BINTI MAZLAN
2.83
UMS
PEMASARAN ANTARABANGSA
13
NUR HIDAYU BINTI KAMARUDIN
2.84
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (KERJA SOSIAL)
14
NUR LIYANA BINTI RAMLI
2.42
UiTM
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (KEPUJIAN) SKRIN
15
NUR AISYAH BINTI MOHAMAD DEPAWALI
3.67
UUM
SARJANA MUDA PENGURUSAN HAL EHWAL ANTARABANGSA DENGAN KEPUJIAN
16
NURFAZIATUL NADHIRAH BINTI ROZAK
3.17
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN (PERMUZIUMAN DAN KONSERVASI) DENGAN KEPUJIAN

Tiga orang calon, Tengku Nofazilah, Athira Najwa, dan Nor Shahira, selain mendapat tawaran daripada UPU, mendapat tawaran juga daripada Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.

Beberapa orang calon yang gagal mendapat tempat pula sudah mengemukakan rayuan kepada UPU dan universiti berkenaan.

Isnin, 3 Ogos 2015

CERAMAH PENULISAN RESUME

PELAJAR Pra-U Atas dan Pra-U Bawah mengikuti ceramah Penulisan Resume yang disampaikan oleh pegawai dari Management and Science University (MSU) pagi ini di Bilik ICT Pra-U.



Menurut penceramah, penulisan resume adalah ringkas dan tidak mempunyai kaedah tertentu. Walaupun begitu, resume haruslah menjelaskan semua hal yang diperlukan oleh pihak yang memerlukannya.

Program ceramah ini dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Omar.


Ahad, 2 Ogos 2015

JAMUAN HARI RAYA PRAUNIVERSITI

PELAJAR Prauniversiti Atas menjadi tuan rumah Jamuan Hari Raya Aidilfitri kali ini yang melibatkan semua pelajar Pra-U, guru Pra-U dan pihak pengurusan sekolah. 


Penganjuran jamuan hari raya merupakan tradisi bagi pelajar tingkatan enam.

Majlis bermula pada pukul 11:00 pagi, dengan tetamu dihidangkan nasi kukus, mihun sup, dan sate sebagai menu utama.

Isnin, 13 Julai 2015

PELAJAR PRA-U TERLIBAT DENGAN MAJLIS KHATAM QURAN DAN MENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA

BEBERAPA orang pelajar Pra-U Atas dan Pra-U Bawah terlibat dengan Majlis Khatam al-Quran yang diadakan di Surau Al-Ikhlas pada pagi ini. Kesemua pelajar tersebut antara 30 orang pelajar yang menghabiskan badaan satu juzuk yang ditugaskan kepada mereka, bersama-sama dengan pelajar dari tingkatan lain.


Acara tersebut dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Al-Ikhlas, yang merupakan satu daripada beberapa acara yang terkandung dalam program Ihya Ramadan yang bermula semenjak awal bulan Ramadan lagi. Acara diketuai oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.

Selain itu, beberapa orang pelajar Pra-U yang terdiri daripada pelajar miskin dan yatim menerima sumbangan hari raya yang diserahkan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

Turut hadir dalam majlis itu, selain Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd, ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad, dan semua Ketua Bidang.


Selasa, 26 Mei 2015

MINGGU MESRA PENGGUNA SELAMA DUA HARI

PERSATUAN Prauniversiti SMK Sultan Omar bersama dengan Persatuan Pengguna SMK Sultan Omar, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan menganjurkan Minggu Mesra Pengguna selama dua hari mulai pagi ini.


Program ini dirasmikan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, dan turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Wan Ahmat bin Wan Manan, dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd.

Majlis perasmian diserikan dengan acara menanam pokok yang disempurnakan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Tingkatan 6. Selepas itu, pelajar Pra-U Bawah dan Pra-U Atas mengikuti ceramah "Hak-hak Pengguna" yang disampaikan oleh Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Terengganu, Encik Abdul Ghani bin Junid.

Program ini akan diteruskan esok dengan program ceramah dan pameran, "Kempen Hidup Sihat", dan ceramah kepenggunaan daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Majlis penutupan program akan dilangsungkan pada tengah hari, yang dijangka akan disempurnakan oleh pegawai dari Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Negeri Terengganu..


Ahad, 24 Mei 2015

FESTIVAL GERKO PRA-U SMKSO

PENGURUSAN Kokurikulum Pra-U menganjurkan Festival Gerko Prauniversiti SMK Sultan Omar yang melibatkan semua pelajar Pra-U Bawah dan Pra-U Atas bermula hari ini hingga 28 Mei 2015.


Pada hari ini, dilangsungkan pertandingan permainan bola tampar dan bola jaring, manakala pertandingan badminton akan diadakan pada hari Selasa (26 Mei 2015).

Objektif karnival ini diadakan untuk membolehkan pelajar Pra-U mendapat markah kokurikulum, di samping untuk mengeratkan hubungan antara Pra-U Bawah dan Pra-U Atas. Semasa Minggu Suai Kenal Pra-U Bawah pada minggu lepas, pelajar Pra-U Atas tidak dapat mengendalikan aktiviti kerana sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk menghadapi STPM Penggal 2.

Selain permainan, diadakan juga pertandingan memasak yang dijadualkan akan dilangsungkan pada 26 Mei 2015, dan pertandingan koakademik yang melibatkan pertandingan forum, pidato, deklamasi sajak, dan menyampaikan berita yang akan diadakan pada 28 Mei 2015.

Pertandingan permainan itu melibatkan pertandingan antara rumah sukan, iaitu Biru, Kuning, Hijau, dan Merah.